Aktiviti TSI

16/03/2009

dibawah ini,,telah disertakan beberapa kepingan gmbr yg sempat diambil semasa perarakkan maulidur rasul..











08/03/2009

Pada 03/03/2009,MPP telah mengadakan satu measyuarat mengenai program Maulidur Rasul..Semuanya telah bersepakat untuk mengadakan perarakkan..Perarakkan tersebut akan diadakan pada hari,tarikh dan tempat seperti yang berikut:

HARI : ISNIN
TARIKH : 09/03/2009
TEMPAT : BERMULA DI PADANG & BERAKHIR DI SURAU

Aturcaranya juga seperti berikut:

08.00pagi : berkumpul dipadang
08.15pagi : perarakan dimulakan sambil berselawat di ketuai Ustaz Hamid
dan saudara Shaffie
perarakan akan bermula dari padang dan akan melalui jalan
Berikut – PADANG TERUS MELALUI JALAN 1/3,,====>
JALAN 1 RUMAH KEDAI =====> JALAN 2======> JALAN
2/4 =====> JALAN 4 ====> FLAT ====> U TURN JALAN
3/4 =====> JALAN 3 ====> JALAN 2/4 ====> TAMAT DI
SURAU
09.15pagi : Selawat, Yassin Tahlil dan doa di pimpin oleh Ustaz Hamid.
10.00pagi : makan/brsurai


~ SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIHKAN SUASANA ~

08/01/2009

1)Satu mesyuarat bersama Ahli Majlis Hj Razali telah diadakan pada 5/1/2009 bersama MPP Taman Cheras Jaya serta MPP Taman Sri Indah. Tujuan mesyuarat ialah untuk merancang GOTONG ROYONG PERDANA yg mana majlis pelancaran nya pada 11/01/2009.
Taman Cheras Jaya telah dipilih sebagai tempat Majlis Pelancaran yang bermula jam 8.30 pagi di Pusat Bandar Cheras Jaya. Taman Sri Indah akan membuat Gototng Royong pada hari dan tarikh yg akan diberitahu kemudian..Untuk makluman TSI akan menganjurkan GOTONG ROYONG MEGA yang sedang dalam rancangan..kepada semua penduduk marilah kita bersama menjayakan nya nanti...tunggu...

2)Pada 6/01/2009 jam 12 tgh hari perjumpaan Hj Razali dgn Pengerusi Tadika Kemas,
turut hadir Ustaz Hamid,Shaffee,atok dan s/u..tujuan nya Kemas nak gunakan Balairaya
untuk buat kelas,,kesian mereka, kebetulan pulak malam 5/1/2009 dalam berita TV 3keluar nya berita yang mengatakan Kerajaan Perak dan Selangor tidak membenarkan guna Dewan dan Balairaya untuk Tadika Kemas,,tahukah anda rupanya mereka ni dan BN menipu kita ,,kalau tak silap 3 malam berita tu kuar,,anda percaya ke..jgn percaya TV 3 suku tu,,saya sendiri mendengar penjelasan dari Hj Razaly tiada arahan begitu,,malah anda bolih ke Balai Raya saksikan sendiri anak2 anda sedang belajar disitu dan tiada apa masalah..Jadi kita jgn TERPEDAYA olih mainan mereka tuuu...

3)Pada 6/01/09 jam 2.3o ptg perjumpaan dgn en Ragu dari MPKJ beliau penyelia Taman,hadir Ustaz dan s/u..buat lawatan keSeluroh Taman untuk menyaksikan kotoran dan sampah sarap yang ada ,longkang tersumbek merato rato..tulah tmn kito namo ajo indah,,tapi sebona e hampeh..setelah berbincang keputusan telah dibuat pada 7/1/2009 kerja kerja pembersihan akan dilakukan..ikuti sambungan...

4)Pada 7/1/2009 jam 2.30 petang En Ragu (MPKJ)serta lori,dan 4 orang pekerja,Kontraktor pon 4 orang pekerja 4 cangkul 4 baldi bancuh simen,satu kereto sorong yang kocik tu..bayangkan lah bilo nak selosai kojo..hai entahlah bilo nak siap satu FASA..longkang usah cerita lah ado yang dah hilang timbus dek tanah,,tulah selamo ni apo yg kontraktor buek tak tahu lah den...longkang banyak pocah,,air bertakong sano sini,,tapi takpo lah En Ragu kato bagi maso satu minggu nak komeh FASA ! dulu,,dah nak gi FASA 2 lak dan seterus nya sampai ke FLAT,,kita tengok dan lihat bilo akan siap..macam tu lah cerito nya..ponek jugak MPP ni kesano kemari keroja nak buat taman jadi indah..kojo takdo gaji ni..DEN SORU SEMUO PENDUDUK BERILAH KERJASAMA DAN JANGAN LAH BUANG SAMPAH SESUKO HATI..ADO YANG BUANG SAMPAH BELAKANG RUMAH TOMPEK LALUAN TU..SONANG2 JO,,SAPO NAK KOMEH TU..DAH BANYAK TIKUS,LIPAS DAN MAcam2 seranggolah yg ado..tolong lah kito samo samo jago kebersihan,jangan malas sangat ..jangan kita kotorkan tempat kita,,kesian jiran kita kat sebelah tu,,yg depan tu yang belakang tu yang jago kebersihan,,tak baik macam tu..jadi samo lah kito jago..KEBERSIHAN SEPAROH DARI IMAN" ok lah lain kali den cerito lagi yo..tunggu.....






26hb Disember, 2008



Pada hari ini, telah diadakan satu operasi menangkap pendatang haram di kawasan medan selera Taman Sri Indah. Mereka yang kebanyakkannya berasal dari Bangladesh telah menjadikan kawasan medan selera flat Taman Sri Indah sebagai kawasan untuk mereka berniaga dan melepak sesama mereka.

Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut di penuhi oleh kumpulan mereka. Dimana, kebanyakkan daripada mereka TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN PERJALANAN YANG SAH..

Oleh itu, pada hari ini, pihak MPP Taman Sri Indah dengan kerjasama Ahli Majlis Perbandaran Kajang dan dibantu oleh pegawai penguat kuasa MPKJ, pihak polis dan juga pihak Imegresen telah menjalankan operasi bagi menangkap mereka yang tidak mempunyai dokumen sah dan juga melakukan pelbagai kesalahan di kawasan medan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pendatang-pendatang ini telah menjalankan perniagaan kedai makan di permis medan selera ini dan kebanyakkannya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah termasuk lah dokumen untuk membuka perniagaan.

Di bawah ini, dilampirkan gambar-gambar sewaktu operasi itu dijalankan.





4 ulasan:

  1. huhuhu... lori kocik tu je keje?? bl nk siap klu cmtu? 4 baldi tu nk wtpe plak?? adehh... kesian nye la...

    BalasPadam
  2. erkk.. dah bpe lma dorg bebas berkeliaran kt situ??? sng sguh ye.xde permit buka bisnes

    BalasPadam
  3. hehe... tau xpe.. klu kite bkn men ssh lgik nk wt bisnes.. die leh sewenang2nye jer wt...

    BalasPadam
  4. 1.Saya ingin mencadangkan agar MPP dapat menyediakan tong-tong kitar semula di kawasan strategik TSI. Saya berpendapat dengan pemgumpulan barangan kitar semula MPP dapat mengumpul dana untuk aktiviti-aktiviti TSI disamping memelihara alam sekitar.

    2. Mencadangkan agar semua rumah teres di pagar di setiap endlot atau corner lot dan semestinya kos di tanggung oleh semua penduduk di lorong tersebut. Apa yang tahu kebanyakkan kes perompak memecahkan pintu belakang memasuki rumah tersebut.

    3. Mencadangkan agar setiap malam rumah-rumah menyalakan lampu ini juga dapat membendung aktiviti tidak sihat dan semestinya cahaya gemerlapan menambahkan seri taman kita..

    4. Mencadangkan pemilik anjing memastikan mereka mendidik anjing mereka supaya tidak buat " bisnes merata " dan berkeliaran merata

    5. Mencadangkan agar dapat berkerjasama dengan agensi bomba mengadakan latihan kebakaran - fire drill

    5. Mencadangkan agar dapat berkerjasama dengan pihak hospital atau medical college untuk latihan pertolongan cemas.

    6. Mencadangkan agar semua penduduk teres menyediakan tong-tong sampah bertutup. Kadangkala sampah diletakkan di pagar-pagar dan anjing menyelongkar sehingga sampah-sampah tersebut bersepah merata.

    7. Mencadangkan agar khairiat kematian ditubuhkan bagi orang yang beragama islam yang berminat.

    BalasPadam