Masalah & Aduan

24/12/2008(Rujukan dari Gallery)

Walaupun Taman Permainan,Balai Raya serta Surau nampak bersih dan cantik di pandang.Tetapi,tempat ini sering banjir ketika hujan turun dengan lebat.Keadaan ini sangat menyusahkan penduduk di sekitar tempat2 ini.Ini berlaku kerana longkang besar yang berhampiran dengan Balai Raya dan Surau melimpah apabila dipenuhi air..Jadi,perkara ini telah diajukan kepada pihak yang sepatutnya,pihak MPP meminta supaya tebing sungai ini ditinggikan supaya air tidak melimpah apabila hujan turun dengan lebat.Berikut adalah gambar longkang besar tersebut yang sering kali melimpah apabila hujan turun dengan lebat.







24/12/2008(1)

1)Dibawah ini adalah antara masalah lain yang wujud di taman kami.Kelihatan longkang yang penuh dengan sampah sarap.Ini berlaku mungkin kerana pihak yang sepatutnya tidak menjalankan tugas.Apa kejadahnya!Dimana pihak berkuasa!Hihihihi...Sama juga seperti masalah yang lain,pihak MPP telah mengambil tindakan untuk mengajukankan perkara ini kepada pihak majlis..Kami berharap moga pihak majlis dapat mengambil tindakan.Akibat dari longkang yang tersumbat ini,air tidak mengalir...









2)

Disebelah dan dibawah ini adalah gambar-gambar anjing liar yang terdapat di taman kami..Suatu ketika dahulu,pernah terjadi beberapa kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan di taman kami di kejar oleh beberapa ekor anjing.Akibat kejadian tersebut,ibubapa turut berasa susah hati.Keadaan ini juga telah diadukan kepada pihak yang sepatutnya.Jadi,penduduk di taman ini berharap agar,pihak yang sepatutnya mengambil tindakan dengan wajarnya....
















23/12/2008

1)Berikut adalah gambar sebuah rumah yang dijadikan tempat menyimpan longkang-longkang untuk pembinaan.Bagi penduduk yang menetap berhampiran dengan kawasan rumah ini berpendapat bahawa ianya telah mengganggu pemandangan persekitaran mereka.Tambahan lagi,pemunggahan longkang-longkang ini dilakukan pada waktu malam.Keadaan ini telah menimbulkan bunyi bising yang mengganggu jiran-jiran sedang tidur.Selain itu,keadaan persekitaran menjadi kotor yang mana menggalakkan pembiakkan tikus,nyamuk dan lipas.Haiwan perosak ini ialah vektor pembawa pelbagai penyakit berbahaya.Contohnya nyamuk aedes membawa penyakit demam denggi yang boleh menyebabkan maut.

Penduduk ditaman ini berharap agar pihak Majlis dapat mengambil tindakan ke atas masalah ini dengan sewajarnya.







2)Dibawah ini adalah antara gambar-gambar aduan penduduk mengenai peruntuhan bangunan "Selangor Cotton Towel" dibelakang fasa 1 Taman Sri Indah(kerja peruntuhan sedang berjalan sekarang)..Kerja-kerja tersebut telah mengganggu ketenteraman penduduk dan keselamatan memandangkan tiada langkah keselamatan yang dilakukan oleh pihak kontraktor.Penduduk amat bimbang akan keselamatan daripada runtuhan batu,kayu,besi,habuk.Keselamatan dan kesihatan penduduk dalam bahaya.MPP telah mengambil tindakan dan mengajukan masalah tersebut ke pengetahuan PBT dan Ahli Majlis serta ADUN.Penduduk sedang menantikan penyelesaian mengenai masalah ini.







3)Selain itu,terdapat sebuah kilang yang dipercayai ianya kilang haram beroperasi berdekatan dengan kawasan perumahan taman ini.Akibat dari kilang haram ini berlakunya pencemaran udara.Kemungkinan juga sungai yang berdekatan dengan kilang ini tercemar,mungkin berlakunya pembuangan sisa toksik ke dalam sungai.laluan jalan taman ini juga telah menjadi laluan pengangkutan seperti lori dan treler sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.Jalan raya juga telah rosak akibat kenderaan berat tersebut.PENDUDUK BERHARAP TINDAKAN SEGERA DAPAT DIAMBIL OLEH PBT DAN PIHAK2 BERKENAAN YANG LAIN.Dibawah ini disertakan gambar kilang haram tersebut.































21/12/2008






Disebelah adalah gambar kedai runcit yang asalnya sebuah rumah yang dijadikan kedai yang mana kedai tersebut ada menjual arak (seperti gambar yang dipaparkan).Untuk pengetahuan anda,pada 15/12/2008 satu operasi telah diadakan bersama Ahli Majlis Tn Hj Razaly dan dua pegawai penguatkuasa MPKJ yang mana tindakan telah diambil iaitu menyaman kedai tersebut.KITA TUNGGU DAN LIHAT APAKAH TINDAKAN SETERUSNYA ...

10 ulasan:

  1. utk pengetahuan tuan, sy slh seorg penduduk tmn ini... sy melihat kewujudan blog ini sbg sesuatu yg positif.. kerana sbg penduduk sy hanye perlu melayari internet & membuka blog ini dan sy blh mengetahui keadaan tmn ini dgn mudah.. sy hrp tuan dpt memberi informasi2 terkini mengenai aktiviti2 tmn kite.. terima kasih

    BalasPadam
  2. Lame lagike KEMAS nak menumpang kat Balairaya Rakyat tu.., kalau PASTI boleh hidup sendiri walaupun tanpa sumbangan dari Kerajaan, kenapa pulak KEMAS yang tesedia dengan bantuan kerajaan tak mampu pula nak cari rumah sewa. Itu kan dewan orang ramai, saya rasa dah tiba masanya orang ramai memunafaatkan dewan itu yang selama ini hanaya dikuasai oleh satu puak/pihak aje !

    BalasPadam
  3. Baru-baru ni ada penduduk taman yang rumahnya kena rompak ! , saya cuma nak tau apakah tindakan MPP untuk memastikan perkara itu tidak berulang lagi samada kepada simangsa maupun kepada orangyang lain...

    BalasPadam
  4. kepada anda yg tidak bernama walau pon ada nama..walaubagaimana pon saya cuba jawab soalan anda...berkenaan balai raya yg digunakan oleh kemas,secara peribadi memang tak sepatutnya mereka gunakan balairaya tersebut..masalahnya isu ini akan digunakan oleh mereka yg berkepentingan untuk menghentam kerajaan negeri..untuk makluman isu ini dalam perbincangan dengan pihak berkuasa, jadi kita tunggu apakah keputusan nya nanti. memang kesian dengan pasti..mengikut maklumat yg ada pasti tak mahu gunakan balairaya..kalau anda ada yg tepat sila hubungi saya dan kalau bolih kenalkan diri anda supaya bolih dibincangkan dan mencari penyelasaian..terima kasih anda berminat untuk mengikuti perkembangan taman kita..kalau boleh mari kita sama sama berusaha untuk kesejahteraan taman kita..jangan lah kita bercakap dibelakang saja...tq.

    BalasPadam
  5. kepada anda yg tak bernama juga,,walaupon anda ada nama..berkenaan kes rompakan yg berlaku kami tak tahu kes tersebut..(tiada aduan kepada kami) kes kes begini banyak berlaku ditaman kita..(kan kita ada rukun tetangga,,cuba tanyakan kat RT tu apa tindakan mereka..apakah kewujudan RT tu membawa makna kpd penduduk..)mpp hanya menyalurkan aduan kpd pihak berkuasa sahaja..selebihnya pihak berkuasa yg akan ambil tindakan..Kpd anda yg tidak bernama saya nak tanya apakah sumbangan saudara kpd taman kita ni..anda pon rasanya tahu masalah penduduk taman ini,,hidup berpuak puak ..tidak mahu bekerjasama,,kata mengata,,dengki sama sendiri,,tak mahu beri sokongan kepada mpp..mereka hanya menuduh dan buat andaian sendiri..hendakkan sesuatu yg ajaib berlaku dalam masa sebulan mpp ditubuhkan..apakah sebelum ini tiada rompakan,ragut,dadah dll berlaku ditaman ini..fikirkan lah 15 tahun taman ini wujud apa yg mereka lakukan untuk taman..kami mpp akan cuba melakukan yg terdaya untuk membantu..(buat pengetahuan anda rumah saya pon pernah kena rompak tahun lepas) apa persatuan lain dapat bantu..iilek. Wahai saudara ku,,sebenar nya kita lah penduduk yg bersalah kerana kita hidup dengan cara lu..lu..gua..gua..kita tak perihatin dengan jiran jiran..tak mahu bantu membantu dan tolong menolong hanya kita pandai menuding jari kpd orang lain..(bayangkan jam 2 pagi saya mengetuk dengan kuat tingkap yg diumpil oleh pencuri, tiada seorang jirang pon yg tampil bertanya,kenapa,mengapa,,)renungkan lah dimana semangat kejiranan telah hilang dalam diri bangsa kita)..kpd anda saya harap mari lah kita sama sama,,berikan idea dan sumbangkan sedikit tenaga anda bersama kami untuk keselesaan taman kita,,kalau semua masalah mpp nak pikul bolih patah pinggang..kerja tak bergaji duit sendiri keluar lagi adalah..(fikirkan lah...) Walau bagaimana pon untuk pengetahuan saudara mpp telah memohon kepada pihak berkuasa (menulis surat) untuk mendapatkan pondok polis diadakan ditaman kita ini..dan banyak aduan yg kami telah buat kepihak berkuasa seperti jenayah,,dadah,,arak,,sosial,,pendatang asing,,begitu juga laporan kebersihan taman telah kami ajukan..kita tunggu lah keputusan mereka..(((harap saudara tampil bersama sama untuk kesejahteraan taman kita)))maaf sekiranya terkasar bahasa..terima kaseh kerana melayari blog ini..((mpp tsi)).

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas respon segera bagi pihak MPP. Inilah yang kami harapkan, sekurang-kurangnye ada juga insan yang ambil peduli masalah orang lain... harap semangat ini akan dapat di kekalkan dan dipertingkatkan dari masa kesemasa. Kami mana tau apa yang anda MPP telah buat. Kalu boleh, war-warkan supaya penduduk taman tau, OK cau

    BalasPadam
  7. Baru-baru ni saya dengar berita salah sorang AJK MPP (Zainal) bertekak dengan salah seorang ahli kariah taman ini. Beliau juga mendabik dada dengan bongkak bekata "tak kenal saya siapa ke ?!!" dan beliau juga diberitakan mencaci sesaorang dengan menggunakan perkataan "bangkai" dan seumpamanya. Ini baru jadi AJK MPP, belum lagi peguatkuasa MPKJ. Ingat perlantikannya dibuat oleh kariah taman !. Beliau sepatutnya berkhidmat untuk anak kariah. Bertindak sebagai penyalur maklumat kepada Ahli Majlis dan bukan macam polis !. Kalau telah bersedia untuk jadi AJK MPP mesti juga bersedia untuk berkhidmat, bukan menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi atau sudara mara...

    BalasPadam
  8. Tak perlulah tadika KEMAS di jadikan isu kerana ia adalah tempat mendidik anak bangsa mengenal ABB. Tidak perlu kita seret anak-anak kita ke kancah politik. Sebagai manusia yang di berikan fikiran oleh Allah Taala jgn lakukan perkara-perkara yang memudaratkan anak bangsa seislam anda. PASTI adalah di tubuhkan oleh PAS dan sebuah tadika swasta.

    Tak payah kerana politik sempit dan nak tunjuk sapa yang hebat anda-anda ( RT dan MPP) lupa akan penubuhan asal mengapa organisasi anda di wujudkan..adakah hanya suka2 macam main pondok2 @ atau hendak menjadi TSI sebuah Taman TerINDAH dan BerSERI-SERI di Balakong

    BalasPadam
  9. kpd insan perihatin..
    dari mana anda dapat berita ini??
    sudah selidik ke sejauh mane kebenarannya??
    adakah INSAN yg anda bela itu BENAR-BENAR SOPAN SANTUN DAN BERADAB dengan jiran tetangga??
    jangan bila nak adakan MAJLIS BARU NAK BERCAMPUR DGN JIRAN TETANGGA??
    lepas kenduri timbul cerita jiran tetangga habiskn barang-barang die..
    baik x payah bwat majlis..
    kedekut buwat cara kedekut..
    sakit pening sendiri mahu ingat ok..
    daaaaa~~

    BalasPadam
  10. kpd insan prihatin
    adilkah anda jika sekadar mendengar citer dr sebelah pihak?? pastu nak kecoh2 kat ruangan aduan...trus menyebut nama encik zainal. anda ade ke semasa kejadian berlaku??? rasenye x ade. dengan bangganye & terang2nye anda bgtaw...anda sekadar MENDENGAR berita. bijak sgguh cara anda yer. blaja katner tuh?? utk pengetahuan anda...encik insan TERLEBIH prihatin...kalo anda mendengar citer asal...anda pun akan sakit hati...terutama dgn jiran sebelah rumah berkelakuan tidak sopan sejak sekian lama...lgsg x menghormati jiran2...x penah nak bertegur sapa dgn jiran...TAPI bile nak buat kenduri...jiran sebelah ni lah yg antara yg menolong. bkn nak mengungkit...tp nak menyedarkan. lu pikir lar sendiri ENCIK INSAN TERLEBIH PRIHATIN!!!!!

    BalasPadam